MAKLUMAN

Permohonan untuk menubuhkan koperasi ini telah ditolak oleh SKM Ibu Pejabat dan mereka hanya memberi kelulusan untuk menubuhkan Koperasi permodalan Hartanah Kuala Lumpur Berhad.

Memandangkan kelulusan ini tidak menepati matlamat yang ingin dicapai, adalah dimaklumkan bahawa perancangan untuk menubuhkan koperasi tidak dapat diteruskan pada masa ini.

Dengan itu, tiada sebarang taklimat mengenai KOPMODAL akan dilakukan dan kepada bakal anggota yang telah menunjukkan minat dan telah mengisi Borang Sementara, borang itu akan dimusnahkan.

AJK Penaja mengucapkan ribuan terima kepada mereka yang telah menyokong usaha kami dan kepada yang berminat untuk menjadi anggota, kami memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan apa yang telah dirancang.

Sebarang pertanyaan, hubungi kami di kopmodal@gmail.com sehingga hujung Februari 2011 dan selepas tarikh itu blog ini akan dipadam.

Terima kasih.